A group of graduates holding their certificates in front of the academy's logo wall

In Their Own Words

Where Our Graduates
Ended Up

Letters and notes from students who came to the academy mid-career — printed the way they were written, unedited.

Mariah Khaliddin

Degree Of Accounting

Before
Former Officer, Hong Leong Bank
Programme
Sage UBS Accounting

Saya telah berkhidmat hampir 15 tahun dengan sebuah syarikat kewangan. Bila saya diberitahu pihak pengurusan syarikat mahu mengurangkan pekerja, saya hampir-hampir putus asa kerana saya tidak tahu ke mana saya harus pergi, kerana pengalaman saya yang ada cumalah di situ. Rakan-rakan saya yang senasib mula mencuba bidang-bidang yang lain seperti menjadi pemandu GrabCar atau berniaga atas talian (online). Saya menjadi buntu kerana saya tidak ada pengalaman langsung kecuali dalam bidang pengurusan bank.

Semasa dalam perkhidmatan bank, ramai pelanggan bank yang saya uruskan mencadangkan sekiranya saya memiliki pengetahuan dalam bidang perakaunan yang lengkap, mereka sedia mengambil saya sebagai penasihat (consultant) kewangan syarikat mereka. Tetapi saya tidak yakin, kerana pengalaman kerja serta ilmu yang kita belajar di pusat pengajian tinggi tidak sama dengan apa yang diperlukan di dalam dunia perniagaan hari ini.

Alhamdulillah, setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak akademi, barulah saya yakin bahawa sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak diketahui tentang pengurusan kewangan syarikat. Saya bukan sahaja diajar tentang pengurusan perakaunan yang lengkap dengan menggunakan sistem perisian komputer yang terkini, bahkan saya juga didedahkan dengan cara-cara sistem pengurusan pejabat yang betul dan teratur.

Dengan ilmu dan pengetahuan baru ini, kini saya telah pun berjaya menjawat jawatan yang penting dengan gaji yang agak lumayan, dan masih lagi menerima tawaran-tawaran lain dari pelbagai syarikat — sedangkan rakan-rakan saya yang senasib dulu masih belum mempunyai pekerjaan tetap. Terima kasih Nicks Creation Academy.

Muhammad Aniq

Diploma In Accountancy (UiTM)

Programme
Complete Accounting Course

Dengan berbekalkan sekeping diploma dari pusat pengajian tinggi, saya berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan saya. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, dan setelah puas berusaha untuk mendapat pekerjaan, hanya kerja di pasar raya sahaja yang ada ditawarkan. Ramai rakan-rakan serta saudara-mara mencadangkan supaya saya melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, mungkin peluang mendapat kerja yang lebih baik. Tetapi disebabkan gusar dengan hutang pinjaman PTPTN yang sedia ada, serta melihat rakan-rakan lain yang berkelulusan luar negara juga gagal mendapat pekerjaan, saya bercadang tidak mengikut cadangan tersebut. Saya merasakan kita perlu ada ilmu sampingan sebagai sandaran kalau kita ingin berjaya. Oleh itu, saya dengan tekad mengikuti kursus lengkap perakaunan yang dianjurkan oleh pihak akademi Nicks Creation.

Di akademi, saya bukan sahaja diajar pengurusan perakaunan secara realiti, tetapi juga tips untuk menghadapi temu duga serta peluang-peluang perniagaan yang boleh diusahakan oleh mereka yang memiliki pengetahuan dalam bidang ini. Saya juga telah berjumpa dengan bekas-bekas pelajar akademi, dan kagum dengan kejayaan mereka selepas tamat belajar di sini.

Kini saya telah menjawat jawatan yang penting di salah sebuah organisasi antarabangsa yang berpusat di Kuala Lumpur. Saya mengikut jalan yang betul, dan saya tidak menyangka sijil akademi juga mendapat pengiktirafan antarabangsa — memandangkan saya pernah mendapat tawaran dari syarikat di Australia, sehingga rakan-rakan saya pun terkejut dengan perkembangan saya.

Irwan Shah

Career Changer

Before
Former Engineer, Petronas

I am an engineer at Petronas. Much of my work time was spent on oil rigs, which led to stress and health problems. After leaving my job, I took a course at Nicks Creation Academy and found a better job in accounting. Now I earn a higher income than I did before.

Siti Khadijah

Career Changer

Before
Moved From Marketing To Accounting

Working in the marketing field is very challenging in the current economic situation. After switching careers to accounting, I received many job offers from companies abroad. I don't regret the choice I made.

Your Turn

Start The Story You Will Write Later

Every one of these letters began with an enquiry and a briefing at our Puchong premises. Tell us your background and we will point you at the right course.